Thursday, March 17, 2011

Stand For Japan

11.3.2011, 2.32pm(waktu Malaysia)

Kak Nani lalu depan kotak kerja gua bawak mug dia minum kopi nak pergi cuci.

"Kak Nani, Jepun kena tsunami!" gua jerit style forte piano.

"Mende awak ni Karim? Ke laut le tu, dah petang-petang Jumaat ni ingat nak balik rumah je le tu." Kak Nani backhand sinis baik punya.

"Weh betul la! Esok Kak Nani jangan gatal-gatal nak bawak budak-budak pergi Port Dickson. Bahaya weh!" gua sound Kak Nani dengan konfiden tak agak-agak. Ahli-ahli pejabat yang lain semua bingkas memanjangkan leher dari kotak kerja masing-masing pasang telinga ingin tahu.

Kak Nani belah terus ke pantry. Perghh! Tak berkesan langsung ayat forte piano gua tadi. Lain kali kena kasi letak staccato baru tegas sikit.

Toleh kiri, toleh kanan gua gerak pergi depan tandas. Kat situ ade wifi percuma ihsan Encik Rais dari bangunan sebelah. Gua layan video-video mutakhir pasal tsunami kat Sendai katanya oleh agensi berita antarabangsa. Dah tentu pakai telefon bimbit jenama terkenal gua.

Dengan tak semena-mena, tepat jam 4.52pm gua bingkas kemaskini status facebook gua.

"Gua dengar ultraman tak nak turun sebab tak melibatkan resakse. Kena taji jugak ultraman ni karang. Tolong pun nak berkira!" gua taip kekunci QWERTY telefon bimbit jenama terkenal gua dengan nada marah.

Sampai hari ini gua menyesal dengan perbuatan gua. Namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Gua bernasib baik gua hanya menaip. Kesan dia tak begitu ketara macam Bik Mama.


*Ucap selamat buat penduduk-penduduk Sendai dan sekitarnya dalam menghadapi bencana ini. Buat Syahril Ghani dan rakan-rakan, "taihen desu ne! ganbatte kudasai"

1 comment:

Anonymous said...

Mujur xkena hentam kat melodi