Friday, November 26, 2010

Inspektor Remos - Hujan

Muda memberontak etika yang kononnya akan dipegang sampai ke hari tuanya
OK!
Jari jemari contoh lidah tidak bertulang yang berkuasa
OK!
Sains dan agama tidak sehaluan menjadi puak puak yang lemah
OK!
Hanya ditemani komputer untuk menulis blog mencampak batu menyorok tangannya!

BANGKIT KAU JADI PAK PANDIR
BERLARI MENCARI KUNCU NYA

Digital kini semuanya digital digital belaka
OK!
Dari syurga ke neraka dimuat turun dalam komputer ribanya
OK!
Cinta songsang diterbali dunia mata keranjang laki laki dan wanita
OK!
Pembangkang cuma mahukan publisiti murah memfitnah cuma senjata ringannya!

BANGKIT KAU JADI PAK PANDIR
BERLARI MENCARI KUNCU NYA

Amik ah lagu dia kat sini

Gua tatau la Noh Salleh ni datangnya dari mana apa hal otak pandai 'nok harammm!!!' (ayat standard dia) sangat. Dari 2 minggu lepas gua download sampai harini gua istiqamah dengar lagu inspektor remos ni 18 kali sehari waktu pejabat.

Monday, November 22, 2010

Tuesday, November 16, 2010

Digital Holga

Yang gua cari-cari sejak gua jumpa benda ni dalam internet Mei lepas kini sudah mula dijual di Malaysia! Yeah! Lompat balik kuang 3 kali dan tumbukan padu ke udara!

Wednesday, November 10, 2010

Sibuk!


Gua sibuk ni ngadap budak-budak ni merapu. Tak ada masa nak menulis. Buat masa ni menulis adalah sesuatu yang tidaklah begitu rocking. Bulan depan mungkin?