Sunday, October 7, 2012

Keinginan

"Kita tak dapat apa yang selalu kita inginkan. Contohnya kawan yang sudi mendengar, kipas angin automatik berbilah 5, orang gaji yang tak kencing dalam makanan atau kereta porsche warna hijau. Sigh. Hidup memang macam itu. But yeah, kita teruskan juga... walaupun it really sucks."

Liza BurungHantu, Oktober 2012.

Wednesday, October 3, 2012

Jenguk-jenguk

Ada orang mintak tolong, gua tolonglah mana yang patut. Lama jugak tak menangkap benda-benda macam ni. Pasal hal gua dah lama tak menulis kat sini tak payah la tanya. Buat semak kepala gua nanti nak jawab. Lu orang dah besar panjang dan tahu yang zaman terkini banyak sangat perkara-perkara maksiat dan lagha yang memenuhi masa anak muda macam gua. Ceh anak muda, ptuihh! 

Untuk berita terkini yang kontroversi sikit, gua mungkin menceburi bidang menyanyi di kenduri kahwin kahkahkah. Nak mencari rezeki yang halal ni bukan setakat makan gaji di pejabat-pejabat je ye dak? Kurang-kurang dapat makan free kat kenduri kahwin. Zaman sekarang sikit punya payah nak dapat jemputan kenduri kahwin. Dengar cerita siap kena lampirkan borang penyata cukai, baru dapat pertimbangan untuk dijemput. Punah betul orang sekarang ni.




Nota kaki: Gua boleh je menangkap benda-benda macam ni lagi kot-kot kalau ada adik lu teringin nak panggil gua. Kalau la ku bilang kalau :p

Friday, May 18, 2012

Legendary Helios 44-2

Tested the yummeh bokehliciousness of Helios 44-2 on 7D. I bought this Russian gem of post-World War II heritage from a Klang guy last weekend. Wander how many hands have owned it since 1969 before me. For a bargain RM300, it is super awesome! Later i wanna try it on video to see whether the deliciousness intact in motion.

*tulis omputih ni konon nanti ada la orang eropah datang baca blog gua kahkahkah

Thursday, March 29, 2012

Menukar Font

Segak juga sebenarnya bila pakai font roman ni. Kuasa kuda dieksploitasi sebanyak 82%. Okeh jangan tanya banyak, gua memang tengah 'in' dengan printscreen. Baru belajar 2 bulan lepas. Jangan! Jangan tanya. Gua sekeh kang.

Wednesday, March 21, 2012

Hiatus

Gua busy bertapa dalam 2, 3 bulan ni buat mengkarung hangguk ni la. Harap-harap bulih jual barang 800 ribu unit ke. Lebih sikit je daripada album Raihan, bulih la tu. Gua bukan berkira sangat pun.

Psstt...gua usha orang Jelebu Rovers tu sekarang ni rajin berjalan style abang-abang. Dah rasi lettew. Rocking to the abang-abang!

Tuesday, January 17, 2012

Mencabar

Kemain yang ini memang mencabar dia punya bergaya.

Friday, January 13, 2012

Urban

Fatimah : where are you?
Karim : kampung baru. sampai oredi?
Fatimah : dahhh...
Karim : kehkehkeh i beli tiket online tadi kat ofis.
Fatimah : cehhh...urban sangat kan.
Karim : sangat.... ramai orang tak?
Fatimah : tak pon. ada lah 5-6 ketul.
Karim : u pegi beli popcorn la.
Fatimah : u nak apa?
Karim : popcorn+mineral.
Fatimah : okay boss!

perkataan 'urban' tu buat gua nak lari balik taiping, terjun tiruk dekat bukit jana.