Thursday, March 31, 2011

Cerita-cerita Pendek


Cerita-cerita gua yang putus-putus ni, yang pendek-pendek gua kerat ni bila entah nak habis?

Monday, March 28, 2011

Diandra Arjunaidi

Gua marah betul bila dia cakap dia tak nak nyanyi lagu Happy kelmarin. Nasib baik lagu melayu tu boleh tahan. Angkasa kan?

Monday, March 21, 2011

Muzik, Hitam, Putih

Muzik dan masih klasemen. Ya! [2011] adalah tahun hitam putih.

Percubaan

Terbaik dari ladang!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 17, 2011

Stand For Japan

11.3.2011, 2.32pm(waktu Malaysia)

Kak Nani lalu depan kotak kerja gua bawak mug dia minum kopi nak pergi cuci.

"Kak Nani, Jepun kena tsunami!" gua jerit style forte piano.

"Mende awak ni Karim? Ke laut le tu, dah petang-petang Jumaat ni ingat nak balik rumah je le tu." Kak Nani backhand sinis baik punya.

"Weh betul la! Esok Kak Nani jangan gatal-gatal nak bawak budak-budak pergi Port Dickson. Bahaya weh!" gua sound Kak Nani dengan konfiden tak agak-agak. Ahli-ahli pejabat yang lain semua bingkas memanjangkan leher dari kotak kerja masing-masing pasang telinga ingin tahu.

Kak Nani belah terus ke pantry. Perghh! Tak berkesan langsung ayat forte piano gua tadi. Lain kali kena kasi letak staccato baru tegas sikit.

Toleh kiri, toleh kanan gua gerak pergi depan tandas. Kat situ ade wifi percuma ihsan Encik Rais dari bangunan sebelah. Gua layan video-video mutakhir pasal tsunami kat Sendai katanya oleh agensi berita antarabangsa. Dah tentu pakai telefon bimbit jenama terkenal gua.

Dengan tak semena-mena, tepat jam 4.52pm gua bingkas kemaskini status facebook gua.

"Gua dengar ultraman tak nak turun sebab tak melibatkan resakse. Kena taji jugak ultraman ni karang. Tolong pun nak berkira!" gua taip kekunci QWERTY telefon bimbit jenama terkenal gua dengan nada marah.

Sampai hari ini gua menyesal dengan perbuatan gua. Namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Gua bernasib baik gua hanya menaip. Kesan dia tak begitu ketara macam Bik Mama.


*Ucap selamat buat penduduk-penduduk Sendai dan sekitarnya dalam menghadapi bencana ini. Buat Syahril Ghani dan rakan-rakan, "taihen desu ne! ganbatte kudasai"

Tuesday, March 8, 2011

Subjek : Saidatul Nadirah Amir

menangkap gambar tak boleh dipaksa,
menulis tak boleh dipaksa,
menyanyi sedap tak boleh dipaksa,
melukis tak boleh dipaksa,
tunggu hati senang,
dia datang sampai sendiri meluat,
boleh jadi nak kena lempang dibuatnya.