Friday, July 30, 2010

Pengasasan

**** Inception! I need somebody to plant me how to do this thing back into my mind!


Wednesday, July 21, 2010

Pembaziran Berkesan. Tanpa Gula. Jimat Subsidi

Topik : Kosong
Metod : SMS
Waktu : Petang lepas kerja, hari biasa-biasa
Lokasi : Pejabat kosong

Punca perbualan :: Hujan sikit-sikit tak boleh balik rumah

Karim : uit
Puteh : oitt!
Karim : mane?
Puteh : kat sini le. u?
Karim : university
Puteh : u further studies ke? bile? tak cite kat i pun. :-(
Karim : eh takdelah
Puteh : university?
Karim : u for university lol
Puteh : ishh %*&$#@*
Karim : cute lah! :p
Puteh : sape?
Karim : u
Puteh : i tak pakai Umobile lah dear. my other number kan Digi.
Karim : sweet.....like this! (mangkuk!)
Puteh : jumpe hari sabtu tau. ;-)
Karim : (nice) okeh!

Monday, July 19, 2010

Summer Akhirnya

Rambut, kau punya panjang sepatutnya boleh kasi trim sikit supaya penggayaan kusut itu dapat dipotretkan dengan lebih kekuatannya. Ya, untuk menerjah minda-minda perempuan-perempuan tidak berpunya yang acap biasanya lebih idam kusut gaya Brad Pitt dalam Seven ataupun masai macam Johnny Depp dalam The Curse of The Black Pearl.

Jambang, kau jangan pura-pura tak mengerti. Hal ini bukan perkara main-main, kau tak kurang perlunya disamping rambut. Kadar pertumbuhan kau perlu sekata cantik macam jambang-jambang lelaki-lelaki bolasepak Itali dan Argentina. Tidak, bukan Lionel Messi. Dia belum pernah pegang pisau cukur. Gillete tak terfikir langsung untuk dikaitkan dengan dia. Daripada si Lionel, lebih baik aku ikut rona Tom Hansen yang hopeless pada Summer Finn.



Arghh....Summer Finn, buat aku langsung lupa hal-hal penting. Imej kau memenuhi tempat duduk dalam bas tambang pergi kerja buat aku bingung.



Rambut, jambang, kau orang boleh tunggu. Summer terlalu kuat untuk buat aku kisah hal lain. Misi kau, kau dan aku boleh tunggu lain hari. Mungkin kalau Joachim Loew dah tinggalkan tabiat garu ketiak di khalayak ramai, kita boleh pertimbangkan imej dia. Tak salah pun bergaya metro!

Saturday, July 17, 2010

Tokyo Kosei Faridah

“Tok Mi, kenapa Tok Mi suka minum teh o halia? Ida bila tengok halia je tekak dah rasa perit” Faridah tenung Tok Mi dengan perasaan sangat ingin tahu.

Tok Mi tak peduli. Tok Mi sibuk sangat menekan butang main pada alat kawalan jauh erat digenggam dalam tangan kirinya. Oh, tangan kanan sibuk nak letak gelas panas yang baru dihirupnya. Ya, perit tekak terasa dalam nak menelan air dalam gelas panas itu. Telinganya tajam meneliti setiap bunyi mula lagu ditukar-tukar.

“Aku nak yang Tokyo Kosei main tu. Dia punya punch lain macam mantap bila main lagu-lagu top dari broadway. Kamu checking betul tak Faridah masa download lagu-lagu yang aku cakap kelmarin?” suka hati dia macam Faridah tak cakap apa-apa dari tadi.

Thursday, July 8, 2010

Lebih Afdal di Malam Jumaat?

Mari berfikiran positif. Bukan secara teliti, tapi secara Am. Eh, bukan Amirul tapi am (general). Lu orang pernah berjumpa, berkenal-kenalan, bersahabat atau terpaksa live with it dengan perempuan yang suara dan intonasinya sepanjang masa bagai berbicara afdal di malam jumaat dan isnin? Oh my coach! Zooey tolong gua nak handle macam mana ni? Gua nak lempang macam tak sampai hati.

Terma live with it khas buat selain isteri dan gadis-gadis yang dicintai.

Monday, July 5, 2010

Underexposed


Hal-hal keteknikan-Terdedah di bawah