Sunday, October 7, 2012

Keinginan

"Kita tak dapat apa yang selalu kita inginkan. Contohnya kawan yang sudi mendengar, kipas angin automatik berbilah 5, orang gaji yang tak kencing dalam makanan atau kereta porsche warna hijau. Sigh. Hidup memang macam itu. But yeah, kita teruskan juga... walaupun it really sucks."

Liza BurungHantu, Oktober 2012.

Wednesday, October 3, 2012

Jenguk-jenguk

Ada orang mintak tolong, gua tolonglah mana yang patut. Lama jugak tak menangkap benda-benda macam ni. Pasal hal gua dah lama tak menulis kat sini tak payah la tanya. Buat semak kepala gua nanti nak jawab. Lu orang dah besar panjang dan tahu yang zaman terkini banyak sangat perkara-perkara maksiat dan lagha yang memenuhi masa anak muda macam gua. Ceh anak muda, ptuihh! 

Untuk berita terkini yang kontroversi sikit, gua mungkin menceburi bidang menyanyi di kenduri kahwin kahkahkah. Nak mencari rezeki yang halal ni bukan setakat makan gaji di pejabat-pejabat je ye dak? Kurang-kurang dapat makan free kat kenduri kahwin. Zaman sekarang sikit punya payah nak dapat jemputan kenduri kahwin. Dengar cerita siap kena lampirkan borang penyata cukai, baru dapat pertimbangan untuk dijemput. Punah betul orang sekarang ni.




Nota kaki: Gua boleh je menangkap benda-benda macam ni lagi kot-kot kalau ada adik lu teringin nak panggil gua. Kalau la ku bilang kalau :p