Tuesday, August 24, 2010

Kami Tujuh Titik (We Are Seven Dots)

Dewan Besar Bandaran hening petang itu. Bual Karim Jurulatih dan Encik Pembantu langsung tak bikin bising.

Tak dijemput, Tuan Mansor masuk, menghala pada mereka yang sedang merenung kosong satu sama lain.

"Saya dah cuba yang terbaik" Tuan Mansor.

"Ye kew?" Karim Jurulatih.

"Ini kali keempat kita hantar petisyen. Petisyen kali ni bukan calang-calang beb. kita dapat surat sokongan dari Sekolah King Bachik dan Sekolah Perempuan Ke Pangkal Jalan."

Karim Jurulatih tiba-tiba bergaya sedia mula untuk acara pecut olahraga di trek balapan. Dengan kiraan dalam hati Karim Jurulatih memecut ke arah set latihan orkestra budak-budak ni. Karim Jurulatih capai B flat trumpet milik Somalia.

"Tuan Mansor, tengok ni!" jerit Karim Jurulatih.

"Body dia kecil tapi suara dia paling mantap sebab bell dia mengadap ke audien."

Encik Pembantu dan Tuan Mansor berpandangan sesama sendiri. Encik Pembantu angkat bahu sambil buat muka sinis.

Karim Jurulatih bingkas berlari-lari anak gaya Muhammad Zaki Yatim ke arah Tuan Mansor dan Encik Pembantu. Jari telunjuknya dipusing-pusing dekat kepala.

"Tuan Mansor dah kahwin?" soal Karim Jurulatih.

"25 tahun." Tuan Mansor tunjuk 5 jari tanda 25 agaknya. Mana dia belajar matematik pun tak berapa pasti. Lulusan sastera memang macam tu main bedal je.

"Masa bercinta tuan pernah tulis surat cinta?

"Err......pernah ah kadang-kadang." bisik Tuan Mansor perlahan sambil buat-buat blushing tapi gagal sebab ketara kulitnya sawo matang.

"Bergayut pun mesti pernah kan?" Karim Jurulatih buat gaya telefon dengan tangan. Matanya bikin kenyit sebelah sedikit mengusik.

"Bergayut pun mesti dah biasa kan zaman tu. Telefon dah ada kan?"

"Betul la tu. Zaman tu saya bergayut dari pondok talipon awam rona jingga kepunyaan Talikom."

"Nice...nice..." Karim Jurulatih senyum sinis sambil petik jari. Encik Pembantu tepuk tangan tanda kagum.

"Saya bet Tuan Mansor tak propose orang rumah pakai surat atau telefon. RM100!" jerit Karim Jurulatih sambil jeling Encik Pembantu.

Encik Pembantu geleng kepala dengan kedua belah tangan menyeluk poket seluar tanda duit tak ada gamaknya.

"Eh, special Karim. Saya bawak dia makan malam romantis di Stable Steak House, Kampung Baru. Saya pop soalan cepumas tu lepas habis makan main course, Rib-eye Steak Grilled with Baked Buttered Corn."

"Yes! Yes! Yes!" Karim Jurulatih jerit kuat-kuat sambil buat tumbukan kencang ke udara berkali-kali.

Encik Pembantu buat lompat balik kuang ke belakang 3 kali.

Tuan Mansor tersengih-sengih sambil keliru dengan aksi-aksi luar biasa pelik di depannya.


(Fan-fi drama thriller inspirasi daripada filem We Are Marshall karya Pengarah McG, 2006.)

Saturday, August 21, 2010

Terbaik Bulan Ini



Gua kata :
@AizatAmdan5 cilake lagu years from now ni layan duh! counter melody pki strings tu serius mcm pop 80's. gua teringat abba duh!
Aizat jawab :
@karimbachik hehe aku amik tu sbg compliment,thanks!

Lu dengan lagu-lagu lu sekali memang cool tak patut kot!

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan : Mee Ah Mok


Antara yang berjaya masuk dalam toplist gua. Siapa-siapa pernah sampai Parit kalau tak kenal mee ah mok, meh sini gua luku sikit kepala tu.

Mee dia gemuk-gemuk sendiri buat beb. Mana main rembat mee kuning kat pasar basah apa barang. Dia punya kuah perghh lu orang try la sendiri baru percaya. Kalau bawak balik bungkus mesti order yang kering baru mantap. Kuah dia jadi meresap dalam mee. Kalau makan dine-in macam ni la standard, mee tambah punya, campur ayam+daging dengan teh cina gula. Nice...

Dari Teluk Bakong, Titi Gantung, Manong, Batu 7 waima Pusing sekalipun orang-orang dia datang makan mee ah mok macam tiada lagi hari esok. Walaupun orang Pusing dalam hati masih ada soft spot pada Sin Silk Tailor sebagai ikon rasmi.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan : Dari Taiping Dengan Cinta 1

Dari Julai 2005 sampai Mei 2007 gua sempat mengembara ke Taiping untuk mencari rezeki. Kira-kira balik kira-kira 2 kali lah gua sempat sambut puasa kat sana.

Hal-hal Taiping semua lah memang terbaik ah pengalaman dia. Kalau hal puasa tu memang susah nak lupa.

Hari pertama puasa ni hal-hal baju melayu raya tahun ni kaler ape, butang baju cukup tak cukup atau kain pelekat jenama terbaik bungkus dalam kotak laminasi biasanya tak sampai lagi dia punya time. Lepas sahur yang tak hengat punya dia punya bantai, dah mula pikir hal-hal nak beli apa kat pasar ramadhan nanti.

Sambil-sambil layan sampoerna dengan teguk-teguk air sejuk, Syahadah kat TV1 la regu dia. Sambil-sambil tengok daging panggang dari Bursa, Turki sambil-sambil tu lah buat comparison dengan ayam golek pasar ramadhan kamunting.

haih...