Showing posts with label hobi yang baik. Show all posts
Showing posts with label hobi yang baik. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Jenguk-jenguk

Ada orang mintak tolong, gua tolonglah mana yang patut. Lama jugak tak menangkap benda-benda macam ni. Pasal hal gua dah lama tak menulis kat sini tak payah la tanya. Buat semak kepala gua nanti nak jawab. Lu orang dah besar panjang dan tahu yang zaman terkini banyak sangat perkara-perkara maksiat dan lagha yang memenuhi masa anak muda macam gua. Ceh anak muda, ptuihh! 

Untuk berita terkini yang kontroversi sikit, gua mungkin menceburi bidang menyanyi di kenduri kahwin kahkahkah. Nak mencari rezeki yang halal ni bukan setakat makan gaji di pejabat-pejabat je ye dak? Kurang-kurang dapat makan free kat kenduri kahwin. Zaman sekarang sikit punya payah nak dapat jemputan kenduri kahwin. Dengar cerita siap kena lampirkan borang penyata cukai, baru dapat pertimbangan untuk dijemput. Punah betul orang sekarang ni.




Nota kaki: Gua boleh je menangkap benda-benda macam ni lagi kot-kot kalau ada adik lu teringin nak panggil gua. Kalau la ku bilang kalau :p

Friday, May 18, 2012

Legendary Helios 44-2

Tested the yummeh bokehliciousness of Helios 44-2 on 7D. I bought this Russian gem of post-World War II heritage from a Klang guy last weekend. Wander how many hands have owned it since 1969 before me. For a bargain RM300, it is super awesome! Later i wanna try it on video to see whether the deliciousness intact in motion.

*tulis omputih ni konon nanti ada la orang eropah datang baca blog gua kahkahkah

Friday, January 13, 2012

Urban

Fatimah : where are you?
Karim : kampung baru. sampai oredi?
Fatimah : dahhh...
Karim : kehkehkeh i beli tiket online tadi kat ofis.
Fatimah : cehhh...urban sangat kan.
Karim : sangat.... ramai orang tak?
Fatimah : tak pon. ada lah 5-6 ketul.
Karim : u pegi beli popcorn la.
Fatimah : u nak apa?
Karim : popcorn+mineral.
Fatimah : okay boss!

perkataan 'urban' tu buat gua nak lari balik taiping, terjun tiruk dekat bukit jana.

Monday, June 20, 2011

Friday, April 22, 2011

Pantai Bak Bak, Kudat

This is how i celebrate my 29th birthday. Yes! celebrating still. No more twentees next year.


Thursday, April 21, 2011

Doodle Deedoo #1

Seems like my human figure sketch ability is still there somewhere. Got to sketch more after this.

Thursday, March 31, 2011

Cerita-cerita Pendek


Cerita-cerita gua yang putus-putus ni, yang pendek-pendek gua kerat ni bila entah nak habis?

Tuesday, January 18, 2011

Summer, meet Allison!

Ya i know you've done with cycling. But what were you doing with that cute helmet? Erghh!!!

Wednesday, January 12, 2011

Trek 4500 Hardtail : Impian & Praktikaliti

Memiliki kereta dapat peluang lebih luas untuk kehidupan dan percintaan walaupun menanggung risiko petrol naik harga setiap 3 hari pada masa akan datang.

Memiliki ini dapat meningkatkan kesihatan melalui aktiviti mengeluarkan peluh. Satu nilatambah yang baik kepada pengalaman oat harian yang menghiburkan. Kemungkinan mati lambat lebih tinggi bermakna masa lebih banyak untuk atur gerak mendapatkan skrip filem cinta-cinta.

Monday, January 3, 2011

Menabung Di Bawah Sedar

Azam gua masuk dekad 20 belas-han ada satu je. Gua nak menabung di bawah sedar.

Konsep di bawah sedar gua jumpe masa gua kemas-kemas barang dalam 2 bulan lepas. Gua terjumpe duit 50 dalam poket seluar jeans yang gua abaikan dekat setengah taun sebab celah kangkang die dah koyak. Memang sedap ah esok pagi-pagi dah lari pergi kedai Rajni(bukan nama sebenar) bawah majlis peguam nak beli ROTTW dan majalah-majalah sebenar yang lain.

Jadi taktik die macam ni la. Gua akan saje-saje tinggalkan duit lebih kecik-kecik kat tempat-tempat yang gua nampak hari-hari tapi rare. Misalnya dalam kocek kot gua kat opis, bekas buluh harijadi kelab sukan atas meja, poket kecik dalam beg sandang dan sebagainya.

Sebagai menunjukkan azam kali ni lebih sebenar, gua akan buat pemeriksaan mengejut setiap 2 bulan untuk tengok ada ke idak duit. Baru la berdebar sikit ye dak? Nak istiqamah nampak macam senang tapi kalau tak checking lupe le tu. Lagi satu, gua janji, kalau gua menang fortuner nanti pun gua akan carry on gak buat-buat tertinggal duit kat tempat rare ni.

Sekarang ni pun gua tengah seluk poket kot yang gua gantung kat kerusi gua ni. Rare! Ade 2 keping duit 10 dengan 3 keping duit seringgit.