Monday, April 29, 2013

Kedai Melayu Masak

Di negara sendiri susah nak cari kedai melayu masak. Yang ada semua mahal eksklusif konon. Mahal nak mam. Ini semua nak salahkan BN gak ke?

Kedai masakan melayu dengan kedai melayu masak tak sama. Kedai masakan melayu, orang indon yang masak pajeri nanas ni sedap jadah apanya. Tapi kedai indon masak je la yang boleh tawar harga bawah 4 ringgit sepinggan.

Orang meniaga tu kapitalis. Di Malaysia, kapitalis disayangi rakyat. Naik la harga melangit, kapitalis tak salah. BN yg salah.

Kereta mahal, BN salah. Gula mahal, BN salah. Nasi melayu masak (salero nogori ptuih) mahal, BN salah. Kapitalis senyum je drive BMW.

Kedai melayu masak gantung gambar nik aziz mahal nak mam pun BN jugak yg salah. Bangkai.

Kapitalis peniaga melayu masak semua bangkai cekik darah mahal nak mampus membunuh anak bangsa kerja kerani.

Kereta melayu buat jual mahal kau marah. Nasi melayu masak jual mahal ok aje sebab apa? Sebab kau bangkai.

Dendam gua pada kapitalis masakan melayu ni masih belum terubat. You watch out salero nogori and the gang.


Saturday, April 20, 2013

#BetterNation


Poster BN guna duit rakyat. Poster Pakatan guna duit siapa? Gua tengok sama galak je penuh merata tempat.

Projek printing poster BN kroni2 je dapat. Poster Pakatan tawar tender terbuka. Peluang samarata. Projek poster ni bukan singgit dua punya hal.

Berkempen paling kokak kena ada mikrofon/speaker. BN sah2 duit rakyat dan kroni yang provide. Pakatan kutip derma beli kat kedai berkecuali.

Ini semua andaian gua pasal persepsi ramai kata BN tak elok dan Pakatan telus. Kalau ada tipu2 sikit2 tu pejam mata je la ye dak. Jihad ni.

Jihad tengkorak kamu.

Remember people, a better you, a #BetterNation. Untung projek printing poster tu rezeki tuhan yang bagi katanya.

Ini kalau orang BN baca akan kata gua kecewa tak dpt projek poster. Orang Pakatan pulak kata BN upah gua burukkan deme, guna duit rakyat.

Remember, a better you, a #BetterNation

Sunday, October 7, 2012

Keinginan

"Kita tak dapat apa yang selalu kita inginkan. Contohnya kawan yang sudi mendengar, kipas angin automatik berbilah 5, orang gaji yang tak kencing dalam makanan atau kereta porsche warna hijau. Sigh. Hidup memang macam itu. But yeah, kita teruskan juga... walaupun it really sucks."

Liza BurungHantu, Oktober 2012.

Wednesday, October 3, 2012

Jenguk-jenguk

Ada orang mintak tolong, gua tolonglah mana yang patut. Lama jugak tak menangkap benda-benda macam ni. Pasal hal gua dah lama tak menulis kat sini tak payah la tanya. Buat semak kepala gua nanti nak jawab. Lu orang dah besar panjang dan tahu yang zaman terkini banyak sangat perkara-perkara maksiat dan lagha yang memenuhi masa anak muda macam gua. Ceh anak muda, ptuihh! 

Untuk berita terkini yang kontroversi sikit, gua mungkin menceburi bidang menyanyi di kenduri kahwin kahkahkah. Nak mencari rezeki yang halal ni bukan setakat makan gaji di pejabat-pejabat je ye dak? Kurang-kurang dapat makan free kat kenduri kahwin. Zaman sekarang sikit punya payah nak dapat jemputan kenduri kahwin. Dengar cerita siap kena lampirkan borang penyata cukai, baru dapat pertimbangan untuk dijemput. Punah betul orang sekarang ni.




Nota kaki: Gua boleh je menangkap benda-benda macam ni lagi kot-kot kalau ada adik lu teringin nak panggil gua. Kalau la ku bilang kalau :p

Friday, May 18, 2012

Legendary Helios 44-2

Tested the yummeh bokehliciousness of Helios 44-2 on 7D. I bought this Russian gem of post-World War II heritage from a Klang guy last weekend. Wander how many hands have owned it since 1969 before me. For a bargain RM300, it is super awesome! Later i wanna try it on video to see whether the deliciousness intact in motion.

*tulis omputih ni konon nanti ada la orang eropah datang baca blog gua kahkahkah